DUB2012:NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
KUMPULAN 7
DISEDIAKAN OLEH;
PRIYA THARSHINI A/P GOPALAKRISHNAN 16DPM15F2022
VISHAALINI A/P UTHAYAKUMAR 16DPM15F2037
NAMA PENSYARAH;
FADZILAH BT ABD RAHMAN
PENDAHULUAN
Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1 Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat 'Rakyat Didahulikan ,Pencapaian Diutamakan Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai.Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang
utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar. Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia
ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah
disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan
rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :
•Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
• Sementara bagi maksud Pencapaian
Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan entik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompak sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang lain . Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu 'keluarga besar ' dalam satu negara hak milik bersama. Oleh yang demikian gagasan 1 Malaysia dalam kontek masyarakat majmuk masa kini perlu dilihat daripada beberapa aspek utama. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
PERANAN KONSEP 1MALAYSIA
Mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran.
•Menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu untuk mencapai kemajuan negara. Seterusnya perpaduan yang utuh antara kaum membawa kepada kelancaran dalam melaksanakan segala urusan pembangunan negara
Membantu rakyat yang berpendapatan rendah
Membuka kedai 1 Malaysia yang menjual barang buatan tempatan dengan harga yang berpatutan
Membuka Kedai Buku 1 Malaysia yang menjual buku-buku dengan harga yang mampu dibayar.
Kepada pelajar, kempen 1 Malaysia ini telah memudahkan pelajar untuk membeli buku rujukan, buku latihan dan alat tulis dengan menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang diberikan oleh kerajaan setahun sekali kepada pelajar Intutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kedai Buku 1 Malaysia juga membuktikan bahawa kerajaan sangat menitikberatkan pelajaran dalam kalangan anak muda masa kini. Kajian juga telah menunjukkan yang dengan penubuhan kedai ini telah menaikkan rasa minat membaca dalam kalangan anak muda masa kini.
Terbuktilah program 1 Malaysia ini telah mendahulukan rakyat, seperti slogannya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Tanpa kita sedari, perpaduan kaum juga mampu dipupuk dengan menyatupadukan kaum pelbagai bangsa.
isi 1 MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN TOLERANSI
huraian
Di dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia memerlukan suasana yang stabil, harmonis dan tenteram. Hanya di dalam suasana yang tenteram rakyat dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka dan dapat memberikan hasil yang baik untuk kepentingan negara. Hanya di dalam keadaan yang tenang, rakyat dapat menyumbangkan buah fikiran bagi memajukan negara. Keadaan yang tenteram ini tidak akan wujud seandainya rakyat sering bersengketa dan berpecah belah. Oleh itu Cabaran Wawasan 2020 yang kelima yang perlu ditangani ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi.
Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara rasional dan tidak emosional. Mereka berfikiran luas dan sentiasa menimbangkan dengan saksama sama ada sesuatu tindakan itu akan membawa kebaikan kepada semua rakyat. Masyarakat yang matang tidak akan bertindak dengan melulu tanpa berfikir panjang.
contoh
Masyarakat Liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan diri dari fahaman yang sempit. Masyarakat yang liberal akan berfikiran terbuka untuk menerima pengetahuan baru, dan sentiasa bersedia menimbang buah fikiran yang diberikan oleh orang lain.
Sikap Bertoleransi amat penting di dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Sikap liberal dan bertoleransi ini diperlukan bagi keamanan negara. Tanpa sikap toleransi akan tercetus pergeseran kaum yang membahayakan negara kerana sensitiviti isu kaum dan agama mudah mengakibatkan keretakan, pecah-belah dan ketegangan. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi adalah syarat yang diperlukan bagi membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu seperti mana yang digariskan pada Cabaran Pertama Wawasan 2020.
Seperti yang kita maklum, rakyat Malaysia menganut berbilang agama. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di samping memberi kebebasan kepada penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Hal ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan negara kerana semua agama mengajar manusia untuk berbaik-baik di antara satu sama lain. Rakyat Malaysia boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama masig-masing.
isi 2 Aspek Pendidikan
Huraian
Konsep 1 Malaysia menekankan pendidikan sebagai penting . Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan untuk membangunkan negara. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Dalam keadaan ini, Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak berkenaan dengan pendidikan mengiktiraf nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia
contoh
Nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia disokong oleh Akta Pendidikan 1996. Akta 550 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tajuk panjang Akta 550 menyatakan bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Di samping itu, Akta ini juga mengatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Berdasarkan kepada tajuk panjang Akta 550, nilai , pendidikan yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah bertepatan dengan Akta 550.
isi 3 huraian
Fasal (1) perkara 3 perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa islam ialah agama bagi persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Walaupun agama islam merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi berdasarkan kepada Fasal (1) perkara 11 perlembagaan persekutuan, setiap orang di negara ini berhak untuk menganuti agama masing-masing.
contoh
Konsep 1 Malaysia adalah bertepatan dengan hak kebebasan beragama yang diberi oleh perlembagaan persekutuan. Prinsip penerimaan di bawah konsep 1 Malaysia menyeru rakyat agar menerima agama, amalan ,budaya dan cara hidup kaum lain demi memperkukuhkan perpaduan nasional. prinsip ini menghargai dan menghormati identiti agama dan budaya yang berbeza untuk setiap entik di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. perkara -perkara yang terbaik yang dimilik oleh kaum di Malaysia perlu mendapat penerimaan daripada masyarakat di negara ini .Apabila kaum di Malaysia menerima agama kaum yang lain, ia secara langsung akan menerima budaya dan cara hidup kaum yang lain.Ini adalah kerana agama merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi budaya dan cara hidup sesuatu kaum.
Nilai rendah diri berkait rapat dengan prinsip penerimaan.Nilai rendah diri amat digalakkan dalam masyarakat negara yang berbilang kaum terutamanya dalam ajaran agama masing-masing. Sifat rendah diri yang berhemah dan berbudi bahasa perlu menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Apabila kaum -kaum di negara ini mengamalkan nilai rendah diri, mereka akan secara ikhlas menerima agama, budaya dan cara hidup kaum yang lain.
isi 4 Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN).
huraian
DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara.
DPN menggariskan eberapa startegi yang diantaranya jelas mencerminkan cita-cita memakmur dan membina bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui s satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula masyarakat.
DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
contoh
Adalah menjadi cita-cita DPN bagi memperkukuh integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-bandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan desa di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera. Matlamat penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara.
Kumpulan yang ingin mewujudkan Malaysian Malaysia - konsep ini didukung oleh parti pembangkang dan disokong beberapa parti komponen BN.
Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.
Pelbagai produk 1Malaysia telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang baik oleh jutaan rakyat Malaysia sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.
*Klik pada mana-mana inisiatif di bawah untuk maklumat lanjut.
Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokeskan kepada aspek psikologi atau jiwa Malaysia dalam menerima dan menerap nilai -nilai murni seperti kekitaan dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia , malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau entik tertentu di kalangan rakyat.Gagasan 1 Malaysia mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad.
Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan entik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah dalam konteks patriotisme dikalangan gologan muda .
Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi bukan sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasi malah akan memebantu mempertahankan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikmati sejak beberapa tahun yang lalu.
Sehubungan ini,Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan penting sebagai alat yang membantu memastikan aspirasi negara,wawasan 2020 tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan, etnik , agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti,ketabahan, kesetiaan,kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman ,dan sejahtera dipersada dunia.
ASPEK NILAI MERITOKRASI
Nilai meritokrasi dalam konsep 1 Malaysia manekankan persaingan terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih. Sebagai contohnya, dalam aspek pemerolehan projek karajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melaui tender terbuka dan syarikat yang hendak mendapat tender tersebut hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Nilai meritokrasi yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah sejajar dengan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri sabah dan sarawak dan kepentingan sah kaum- kaum lain.Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjelasakan konsep 1 Malaysia mengatakan bahawa
"Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan . Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnikyang kita amalkan sejak sekian lama".
Berdasarkan pernyataan Perdana Menteri, dasar afirmatif dan dasar menolong kaum bumiputera di bawah Perkara 153 masih dikekalkan asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Nilai meritokrasi memang dilaksanakan dalam dasar afirmatif di bawah Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat sistem kuota untuk sesetengah perkara seperti pemberian biasiswa, lesendan sebagainya, namun meritokrasi masih dilaksanakan dengan memberi pertimbangan kepada orang yang paling layak dalam kuota masing-masing. Nilai meritokrasi mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangan dan nilai ketabahan .
Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan nilai meritokrasi dalam nilai budaya kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia memberikan yang terbaik dalam setiap perkara dan tugas demi mencapai ke tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi memainkan paranan yang paling penting sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai meritokrasi dan nilai budaya kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia
KESIMPULAN
Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-bandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan desa di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera. Matlamat penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara.
GAGASAN 1 MALAYSIA MENERUSI DIMENSI POLITIK
Pengenalan
Gagasan ini perlu dilihat dan difahami sebagai satu aspek yang penting, kerana sebuah negara majmuk seperti Malaysia, jika tidak disokong sebarang agenda perpaduan nasional, kesemua cita-cita kebangsaan lain seperti usaha mencapai taraf hidup lebih baik untuk setiap rakyat akan hanya tinggal menjadi angan-angan kosong. Tanpa perpaduan nasional, kestabilan politik tidak akan wujud sedangkan itulah teras segala-galanya(5).
Dalam aspek politik, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam
menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam
menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.
Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harusdidahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yangberpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia.
Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia.
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan
pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat
diperkukuhkan. Terdapat pelbagai cabaran daripada parti-parti politik pembangkang dan juga ahli-ahli komponen Barisan Nasional sendiri.

Cabaran
Menyedari cabaran serius yang sedang dihadapi, Dato’ Seri Najib memperkenalkan konsep Malaysia, dengan tekad yang diucapkannya dengan tegas iaitu 'Saya akan melakukan reformasi dan perubahan'
Dato’ Seri Najib hari ini menghadapi cabaran empat penjuru iaitu daripada kumpulan yang mempunyai cita-cita dan matlamat politik berbeza:Kumpulan yang ingin mewujudkan Malaysian Malaysia - konsep ini didukung oleh parti pembangkang dan disokong beberapa parti komponen BN.
Kumpulan yang ingin mewujudkan negara teokratik - didukung parti pernbangkang yang mula mengguna cogankata 'Islam Untuk Semua'.
Kumpulan yang mahu status quo Melayu diteruskan dan diperkukuhkan - berjuang untuk memastikan kontrak sosial dan Perlembagaan Malaysia terus dijunjung, dan
Kumpulan oportunis - mereka yang mengambil kesempatan apabila wujud saja peluang.
Semua kumpulan ini telah memecahbelahkan rakyat dan berikutan hasil Pilihan Raya Umum Ke-12 kini terbeban pada bahu Dato’ Seri Najib, dan rakyat Malaysia masih memerhati dan menilai sama ada beliau wajar diberi sokongan atau sebaliknya.
Reaksi dan sokongan rakyat berbeza, bergantung dengan siapa anda bercakap. Majoriti bukan Bumiputera dan sekelompok Bumiputera hendak (konsep) Malaysian Malaysia. Dalam golongan yang sama, ada (juga) kalangan yang menyokong konsep untuk mewujudkan negara teokratikasalkan bukan atau jangan BN yang diterajui oleh Umno.
Bagi Bumiputera pula, lebih separuh berazam akan mempertahankan status quo. Tetapi barisan ini sekarang kian ramal yang gelisah, sudah mula marah pada kerajaan kerana kepemimpinan (hari ini) dilihat sebagai banyak bertolak ansur dan berkompromi. Justeru, kepemimpinan Dato’ Seri Najib, dengan dibantu timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti Umno serta barisan kabinet BN perlu menjelaskan dengan lantang apa yang sebenarnya dimaksudkan konsep 1 Malaysia

OBJEKTIF UTAMA GAGASAN 1 MALAYSIA
1Malaysia
adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiapa rakyat Malaysia. 1Malaysia
adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut :
Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut :
- ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN
Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
- ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI
Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.
MATLAMAT
1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara rakyat perlu dimajukan terlebih dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
PRINSIP KEADILAN NASIONAL
Setiap kaum dinegara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
NILAI-NILAI 1MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti
BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengalaman budaya cemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran,jadual penyampaian dan kualiti berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.
Negara luar akan mengiktirafkan Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam system perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
Produk 1Malaysia
Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk membawa perubahan dan kejayaan yang besar. Oleh itu, beberapa inisiatif telah pun dilaksanakan untuk rakyat di negara ini.Pelbagai produk 1Malaysia telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang baik oleh jutaan rakyat Malaysia sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.
*Klik pada mana-mana inisiatif di bawah untuk maklumat lanjut.
MALAYSIA DARIPADA ASPEK PERPADUAN KAUM
Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokeskan kepada aspek psikologi atau jiwa Malaysia dalam menerima dan menerap nilai -nilai murni seperti kekitaan dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia , malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau entik tertentu di kalangan rakyat.Gagasan 1 Malaysia mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad.
Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan entik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah dalam konteks patriotisme dikalangan gologan muda .
Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi bukan sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasi malah akan memebantu mempertahankan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikmati sejak beberapa tahun yang lalu.
Sehubungan ini,Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan penting sebagai alat yang membantu memastikan aspirasi negara,wawasan 2020 tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan, etnik , agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti,ketabahan, kesetiaan,kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman ,dan sejahtera dipersada dunia.
ASPEK NILAI MERITOKRASI
Nilai meritokrasi dalam konsep 1 Malaysia manekankan persaingan terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih. Sebagai contohnya, dalam aspek pemerolehan projek karajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melaui tender terbuka dan syarikat yang hendak mendapat tender tersebut hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Nilai meritokrasi yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah sejajar dengan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri sabah dan sarawak dan kepentingan sah kaum- kaum lain.Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjelasakan konsep 1 Malaysia mengatakan bahawa
"Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan . Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnikyang kita amalkan sejak sekian lama".
Berdasarkan pernyataan Perdana Menteri, dasar afirmatif dan dasar menolong kaum bumiputera di bawah Perkara 153 masih dikekalkan asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Nilai meritokrasi memang dilaksanakan dalam dasar afirmatif di bawah Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat sistem kuota untuk sesetengah perkara seperti pemberian biasiswa, lesendan sebagainya, namun meritokrasi masih dilaksanakan dengan memberi pertimbangan kepada orang yang paling layak dalam kuota masing-masing. Nilai meritokrasi mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangan dan nilai ketabahan .
Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan nilai meritokrasi dalam nilai budaya kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia memberikan yang terbaik dalam setiap perkara dan tugas demi mencapai ke tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi memainkan paranan yang paling penting sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai meritokrasi dan nilai budaya kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia
KESIMPULAN
Gagasan 1 Malaysia merupakan satu gagasan besar demi meletakkan Malaysia di puncak kejayaan. Oleh yang demikian kebajikan pelbagai kaum di Malaysia dititik beratkan baginmenjamin keadilan daripada pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, politik mahupun kebajikan sama ada secara langsung atau secara persaingan yang sihat.
Dalam gagasan satu Malaysia ini, adalah menjadi harapan kerajaan agar masyarakat majmuk Malaysia dapat merasai nikmat kamajuan secara bersama tanpa perlu manindas atau mengenepikan hak-hak dan kepentingan kaun lain.Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

MGM Resorts Casino - JTM Hub
ReplyDeleteMGM Resorts Casino in Las Vegas, Nevada has announced 통영 출장샵 plans to expand to 11,000 square feet 순천 출장안마 (12,000 구리 출장마사지 m2) by opening a 보령 출장샵 new 화성 출장안마 gaming